China usir kapal perang AS secara agresif | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

China usir kapal perang AS secara agresif

WASHINGTON 3 OKT: Kapal perang China belayar beberapa kilometer dari kapal pemusnah Amerika Syarikat di Laut China Selatan, memaksa ia menukar haluan, dalam pertembungan ‘tidak selamat dan tidak profesional’, kata pegawai.

USS Decatur yang memilik peluru berpandu melakukan apa yang disifatkan tentera sebagai operasi bebas belayar Ahad lalu, apabila ia melalui Terumbu Karang Gaven dan Johnson di Kepulauan Spratly pada jarak 12 baru nautika.

Jarak berkenaan diterima sebagai kawasan perairan daratan.


China menuntut hampir seluruh Laut China Selatan, yang bertindih dengan tuntutan Taiwan, Filipina, Brunei, Malaysia dan Vietnam.

Beijing turut menuntut keseluruhan Kepulauan Spratly dan membina beberapa kemudahan tentera di pulau berkenaan.

Ketika operasi itu, kapal pemusnah China, Luyang, mendekati USS Decatur dalam pergerakan ‘tidak selamat dan tidak profesional’ sekitar Terumbu Gaven di Laut China Selatan, kata jurucakap Armada Pasifik AS, Komander Nate Christensen.

“Kapal China kemudian melakukan siri pergerakan semakin agresif dan memberi amaran kepada Decatur supaya menjauhi kawasan itu,” katanya.

Dalam kenyataan, Kementerian Pertahanan China, berkata kapal itu diberi amaran supaya meninggalkan kawasan berkenaan selepas ia memasukinya tanpa kebenaran.

Foto Sumber: CNN NEWS

SUMBER: AFP

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next