Cub Prix: Afif bayangkan peluang terbuka di Terengganu | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Norway

Wartawan

Hafizan Taib

Cub Prix: Afif bayangkan peluang terbuka di Terengganu

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 5 OKT: Pendahulu keseluruhan CP150, Ahmad Afif Amran berhasrat menjuarai perlumbaan pusingan ketujuh Kejuaraan Cub Pri AAM Malaysia PETRONAS sekali gus melebarkan jurang pungutan mata di litar Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu, hari ini dan esok.

Keinginan pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing itu ditambah dengan rekod terdahulu menyaksikan pencapaian terbaiknya hanya sebagai naib juara dalam CP115 pada 2013 dan ketiga dalam CP130 pada 2014.


Ahmad Afif berkata, memang beliau memasang impian menang di sini kerana sepanjang beraksi di dalam Kejuaraan Cub Prix, tidak pernah muncul juara di Terengganu.

“Perlumbaan minggu ini lebih mencabar dan peluang lebih terbuka kerana kali terakhir kami berlumba pada 2015 dan masih menggunakan jentera CP130.

“Semua pasukan tidak mempunyai data baharu untuk perlumbaan kali ini selain faktor keadaan permukaan litar juga mungkin sudah berubah,” katanya.

Ahmad Afif berkata, walaupun inginkan gelaran juara, pada masa sama beliau tidak boleh terlalu mengambil risiko.

Katanya, beliau perlu memikirkan strategi terbaik dan memberi keutamaan untuk memungut mata sebanyak mungkin bagi mempertahankan kedudukan ketika ini.

“Perlumbaan sudah semakin ke penghujung musim, saya tidak boleh melakukan sebarang kesilapan mudah ketika ini,” kata pelumba kelahiran Dungun itu.

Selepas enam pusingan, Ahmad Afif kini mendahului kedudukan keseluruhan dengan 135 mata, 40 mata mengatasi juara bertahan, Kasma Daniel Kasmayuddin (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) di kedudukan kedua (95 mata) manakala rakan sepasukannya, Md Hafiz Nor Azman ketiga dengan 90 mata.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next