SUKANKINI

Cub Prix: Akid terpantas sesi kelayakan pusingan 7

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 6 OKT: Md Akid Aziz sekali lagi membuktikan kehandalan apabila muncul pelumba terpantas sesi kelayakan buat kali keempat berturut-turut dalam kategori CP150 pada Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu, semalam.

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu mencatat masa terbaik 40.440s di litar sepanjang 0.9 kilometer yang juga catatan terpantas sesi kelayakan buat kali kelima dalam tujuh pusingan perlumbaan setakat ini.

Juara CP115 musim lalu dan juga juara keseluruhan Underbone 150 Kejuaraan Motosikal Asia 2017 itu mendahului catatan 40.502s dilakukan Md Hafiz Nor Azman (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing) manakala rakan sepasukan Akid, Kasma Daniel Kasmayuddin mencatatkan masa terbaik 40.526s.

Azroy Hakeem Anuar (Idemitsu Honda Givi Yuzy Racing) muncul pelumba terbaik kem Honda setelah muncul pelumba keempat terpantas (40.552s).

Pendahulu keseluruhan, Ahmad Afif Amran yang menguasai kedua-dua sesi latihan bebas di sebelah pagi muncul pelumba kelima terpantas dengan catatan 40.650s.

Akid berkata, jenteranya berada dalam keadaan terbaik dan beliau hanya melakukan tugas seperti biasa untuk memberikan yang terbaik ketika di litar.

“Keputusan ini memberikan saya keyakinan untuk merebut petak pertama ketika sesi Superpole esok dan seterusnya memburu kemenangan pertama saya dalam kelas perdana musim ini,” katanya.

Sementara itu, sesi kelayakan CP115 menjadi milik Tengku Amirul Haffirudin dari Motul Zeneos Yamaha YY Pang dengan catatan masa 42.407s diikuti Md Haziq Md Fairues kedua (42.572s) dan Md Shafiq Ezzariq ketiga (42.679s).

Dalam kategori WIRA KBS, Md Syarifuddin Azman (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) bakal memulakan perlumbaan dari petak pertama setelah mencatat masa terpantas dalam sesi shootout dengan masa 42.933s diikuti Md Faiz Zekri Sabri (43.516s) manakala Md Harith Haziq Zamri di petak ketiga (43.548s).

KEPUTUSAN KELAYAKAN

CP150

1 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 40.440s
2 Md Hafiz Nor Azman (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 40.502s
3 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 40.526s
4 Azroy Hakeem Anuar (KUL) Idemitsu Honda GiVi Yuzy Racing 40.552s
5 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 40.650s

CP115

1 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 42.407s
2 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 42.572s
3 Md Shafiq Ezzariq (SGR) Hi-Rev Rapido SCK Honda Racing 42.679s
4 Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 42.702s
5 Md Syafiq Rosli (PRK) ELF Koyoko Honda KC Racing 42.775s

SHOOTOUT

WIRA KBS

1 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 42.933s
2 Md Faiz Zekri Sabri (PNG) ONEXOX Racing Team 43.516s
3 Md Harith Haziq Zamri (SGR) SIC Junior Team AFB TECH Racing 43.548s
4 Md Alif Ashraf Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta YAMAHA 43.692s
5 Daniel El Fahim (PNG) SIC Junior Team AFB TECH Racing 43.751s


Pengarang :