Cub Prix: Batu Kawan mampu jadi penentu juara | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Norway

Wartawan

Hafizan Taib

Cub Prix: Batu Kawan mampu jadi penentu juara

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 22 OKT: Saingan Pusingan 8 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS bakal menyaksikan beberapa pelumba berpeluang mengesahkan gelaran selaku juara keseluruhan di Batu Kawan, Pulau Pinang, hujung minggu ini.

Dalam saingan CP150, pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing, Ahmad Afif Amran mendahului senarai keseluruhan dengan mengumpul 160 mata, 49 mata mengatasi Kasma Daniel kasmayuddin yang berada pada kedudukan kedua (111 mata) sementara Md Hafiz Nor Azman ketiga (103 mata).


Seandainya Afif berjaya menamatkan saingan di hadapan kedua pelumba itu, beliau bakal mengesahkan gelaran keseluruhan CP150 seawal pusingan kelapan memandangkan Md Akid Aziz yang kini berada pada kedudukan keempat (87 mata) ketinggalan di belakang dengan baki 75 mata maksimum perlumbaan.

“Sebenarnya peluang masih terbuka untuk Kasma dan Hafiz, maka saya tidak menetapkan sasaran untuk memenangi gelaran di Batu Kawan, sebaliknya hanya fokus memberi aksi terbaik serta menamatkan perlumbaan pada kedudukan terbaik.

“Paling penting, saya tidak boleh melakukan sebarang kesilapan merugikan,” kata Afif.

Sementara itu, dalam saingan CP115, Tengku Amirul Haffirudin juga bakal dinobatkan selaku juara keseluruhan selepas selesa mendahului kedudukan ketika ini dengan 163 mata.

Pelumba Motul Zeneos Yamaha YY Pang itu kini 67 mata mendahului rakan sepasukan, Md Fareez Afeez (96 mata), manakala tempat ketiga milik pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor (92 mata).

Tengku Amirul hanya perlu menamatkan saingan pada kedudukan kelapan bagi mengesahkan gelaran seandainya Md Fareez memenangi perlumbaan.

Namun, berdasarkan keputusan semasa, pelumba kelahiran Terengganu itu pasti mahu menambah koleksi meraih kemenangan ketujuh setelah berjaya memenangi enam perlumbaan dari tujuh pusingan.

Dalam pada itu, Md Aqid Jumali turut berpeluang mengesahkan gelaran keseluruhan kategori PETRONAS Sprinta Pro Am Cup seandainya berjaya menjuarai perlumbaan atau tamat di hadapan seteru utama, Md Shahzul Naim Razali.

Aqid mendahului kedudukan dengan 134 mata, 52 mata di hadapan Shahzol (82 mata).

 

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next