NASIONAL

Dakwaan politik wang akan dibincangkan malam ini

OLEH AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 16 OKT: Dakwaan politik wang secara berleluasa di enam negeri yang sudah mengadakan pemilihan seperti dibangkitkan calon Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli akan dibawa ke Mesyuarat Biro Politik parti itu, malam ini.

Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu perlu dibincangkan terlebih dahulu, sebelum tindakan susulan.

“Kita akan tanya (Rafizi) maklumat terperinci dulu,” katanya kepada media sebelum meninggalkan Dewan Rakyat.

Mesyuarat Biro Politik KEADILAN kebiasaannya di ibu pejabatnya, di Petaling Jaya.

Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini berkata, beliau tidak mengetahui dakwaan Rafizi dan hanya mengetahuinya melalui media.

Bagaimanapun, Anwar dan Wan Azizah bersetuju dakwaan Rafizi itu harus disiasat Jawatankuasa Pemilihan Parti KEADILAN sebelum sebarang tindakan boleh diambil terhadap dakwaan itu.


Pengarang :