SELANGOR

Fasa kedua pemilihan KEADILAN di Selangor libatkan lebih 83,000 anggota

SHAH ALAM, 21 OKT: Fasa kedua proses pemilihan KEADILAN peringkat Selangor membabitkan lebih 83,000 anggota parti di tujuh daripada 22 cabang di negeri itu yang disahkan layak mengundi, berlangsung hari ini bagi memilih kepimpinan di peringkat cabang dan pusat.

Tujuh cabang berkenaan ialah Puchong, Gombak, Petaling Jaya (PJ) Utara, PJ Selatan, Kuala Langat, Klang dan Selayang.

Puchong mempunyai 17,149 anggota, Gombak (9921), PJ Utara (6,136), PJ Selatan (7,609), Kuala Langat (14,121), Klang (12,998) dan Selayang (15,104).

Proses pengundian menggunakan kaedah e-undi itu dijangka bermula pada jam 9 pagi dan berakhir 5 petang.

Baki enam cabang lagi akan menjalankan pengundian pada 28 Oktober ini melibatkan Tanjong Karang, Kuala Selangor, Ampang, Pandan, Shah Alam dan Hulu Langat.

SUMBER: BERNAMA


Pengarang :