Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)
PBTSELANGOR

Harga tunda, kompaun kenderaaan naik bermula Januari 2019

OLEH NADIAH ZAMLUS

SUBANG, 26 OKT: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menaikkan harga kompaun dan tunda bagi kenderaan yang diletakkan sesuka hati, di kawasan pentadbirannya, bermula Januari 2019.

Yang Dipertuanya, Noraini Roslan Said berkata, harga tunda dinaikkan sehingga RM200, sementara kompaun sebanyak RM50.

Walaubagaimanapun, katanya, kos itu masih rendah berbanding caj yang dikenakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain.

“Kos sebenar bagi kerja penundaan kereta sebenarnya menelan belanja sehingga RM300, namun MPSJ
masih lagi antara PBT yang mengenakan harga paling rendah bagi kedua kesalahan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Mesyuarat Penuh MPSJ, baru-baru ini.

Pada masa sama, Noraini turut mengumumkan pihaknya akan merampas barang jika ada pemilik rumah berstrata tidak membayar yuran penyelenggaran sehingga mencecah RM2,000.

Katanya, ia mengikut Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) mengikut Seskyen 35 dan Seksyen 79.

“Sehingga kini, MPSJ sudah mengeluarkan waran (Borang A) di Flat Cempaka, di Taman Puchong Prima, pada 13 Oktober lalu memandangkan lapan unit rumah di situ mempunyai bil penyelenggaraan tertunggak bernilai antara RM2,000 hingga RM5,000.

“Adalah tidak adil kerana ada pemilik rumah yang membayar bil penyelenggaraan, namun kemudahan dinikmati semua termasuk mereka yang tidak membuat bayaran,” katanya.


Pengarang :