Hujan tak halang perayaan demokrasi pemilihan KEADILAN Cabang Gombak | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Norway

Wartawan

Nazli Ibrahim

Hujan tak halang perayaan demokrasi pemilihan KEADILAN Cabang Gombak

OLEH NAZLI IBRAHIM

GOMBAK, 21 OKT: Walaupun hujan, namun proses pemilihan KEADILAN di Cabang Gombak tetap berlangsung meriah.

Pusat pemilihan yang dibuka sejak jam 9.00 pagi tadi menyaksikan kehadiran yang agak tinggi.


Manakala peraih-peraih undi calon-calon dilihat aktif mempromosikan calon masing-masing.

Sementara itu, calon Timbalan Presiden, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan calon Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Hilman Idham tiba kira-kira jam 10.00 pagi tadi untuk membuang undi.

Manakala calon Majlis Pimpinan Pusat yang juga Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari pula tiba kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Amirudin dan Hilman masing-masing turut bertanding bagi kerusi Ketua Cabang dan Ketua AMK Cabang.

Walaupun ada berlaku beberapa insiden ketegangan, namun secara amnya suasana didapati masih terkawal.

SelangorKini difahamkan sudah hampir 500 pemilih memilih sehingga jam 10.00 pagi tadi.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next