NASIONAL

Kabinet gantung sementara Akta Hasutan 1948

OLEH AFIX REDZUAN

SUNGAI BESI, 11 OKT: Kabinet memutuskan untuk menggantung sementara tindakan, di bawah Akta Hasutan 1948.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat mingguan Kabinet, semalam.

“Oleh kerana akta itu akan dimansuhkan, maka keputusan dibuat bahawa tindakan di bawah akta itu harus digantung buat sementara waktu.

“Keputusan Kabinet itu akan disampaikan kepada Peguam Negara dan terpulang kepada beliau untuk mengambil langkah susulan,” katanya kepada media selepas menyempurnakan Sidang Kemuncak Keusahawanan e-dagang anjuran Malaysiakini, di Royal Ballroom, Palace of The Golden Horses.

Gobind melalui Twitternya sebelum ini berkata, beliau akan mengusulkan moratorium (penggantungan sementara) ke atas Akta Hasutan 1948 dalam mesyuarat Kabinet.


Pengarang :