PELANCONGANSELANGOR

Kapal Super Star Gemini kembali ke Pelabuhan Klang

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 8 OKT: Kapal pelayaran bertaraf antarabangsa, SuperStar Gemini kembali berpangkalan di Malaysia sekali gus menawarkan pelbagai produk pelayaran dan perkhidmatan pelancongan ke negara Asean yang terkenal.

Pengurus Besar Tourism Selangor, Noorul Ashikin Mohd Din berkata, pelancong boleh memilih untuk menikmati pelayaran dari Pelabuhan Klang (Selangor), Pulau Pinang atau Langkawi.

Katanya, percutian di atas kapal pelayaran SuperStar Gemini sesuai buat mereka yang mengidamkan percutian unik dan menyeronokkan.

“Tidak dinafikan percutian dengan konsep pelayaran bersama Star Cruises ini lebhh mudah dan selesa, lupakan masalah perjalanan dan percutian konvensional yang penuh dengan perkara rumit.

“Apabila belayar, kita tidak perlu lagi menukar penerbangan dan membuat tempahan hotel, malah, kita tidak lagi perlu mengemas beg dari satu destinasi ke destinasi yang lain,” katanya.

Sementara itu, Presiden Star Cruises, Ang Moo Lim berkata, sebagai salah sebuah syarikat ahli kumpulan Genting Cruise Lines, Star Cruises teruja menawarkan pengalaman percutian yang baru serta unik kepada orang ramai.

“Pelayaran SuperStar Gemini umpama sebuah hotel terapung yang akan berlayar dari satu destinasi ke destinasi.

“Ia juga dipenuhi dengan pertunjukan dan persembahan bertaraf dunia, dan tidak ketinggalan hidangan antarabangsa dan tempatan tanpa sebarang bayaran tambahan di restoran-restoran tertentu,” katanya.


Pengarang :