SELANGOR

Kejohanan Paragliding Terbuka Jugra 2018 tawar hadiah RM7,000

OLEH SHEEDA FATHIL

KUALA LANGAT, 3 OKT: Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) mengajak orang ramai menyertai Kejohanan Paragliding Terbuka Jugra 2018 yang menawarkan hadiah keseluruhan RM7,000, pada 20 dan 21 Oktober ini.

MDKL dalam kenyataan berkata, kejohanan di Pusat Luncur Udara Bukit Jugra itu membabitkan tiga kategori iaitu kebangsaan, terbuka dan berpasukan.

Bagi kategori kebangsaan, juara bakal membawa pulang RM1,000; naib juara (RM700); ketiga (RM500) dan tempat ke empat serta kelima masing-masing menerima RM200.

Manakala, hadiah kategori terbuka dan berpasukan, juara masing-masing membawa pulang RM1,000; naib juara RM700 dan tempat ketiga RM500.

Setiap pemenang turut menerima sijil dan medal.

Peserta yang berminat menyertainya hanya perlu membayar yuran RM80 untuk setiap kategori dengan mendaftar di www.cognotoforms.com/JPAC1/JUGRAPARAGLIDINGACCURACYCOMPETITION2018 atau hubungi 0126601549 (Futra) atau 0132284842 (urus setia) untuk maklumat lanjut.


Pengarang :