NASIONAL

Kempen 14 hari masih relevan – SPR

OLEH NADIAH ZAMLUS

PORT DICKSON, 14 OKT: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan kempen selama 14 hari sepanjang tempoh pilihan raya diadakan masih relevan.

Pengerusinya, Azhar Azizan Harun berkata, hal itu keranan ada pertikaian segelintir pihak yang mendakwa tempoh kempen itu singkat, malah ada yang mengatakannya terlalu lama.

“Memang ada yang syorkan SPR menambah tempoh kempen sehingga 21 hari atau kurangkannya tetapi kami melihat ia bukanlah isu serius untuk dibincangkan.

“Pada saya, tempoh berkempen masih lagi relevan,” katanya dalam sidang media.

Katanya, SPR akan memperhalusi peraturan pilihan raya bagi memastikan perjalanannya lebih lancar.

Antara peraturan yang kurang jelas termasuk pemberian makanan kepada penyokong oleh pihak ketiga dan aktiviti kempen di luar pusat mengundi.


Pengarang :