GLOBALSUKANKINI

Khabib tewaskan McGregor, lebar rekod kemenangan

OLEH AFIX REDZUAN

GLOBAL, 7 OKT: Khabib Nurmagomedov melebarkan rekod cemerlang dalam arena UFC kepada 27-0 dan mengekalkan kejuaraan UFC Lightweight selepas menewaskan Cornor McGregor dalam aksi UFC 229, di T-Mobile Arena, di Las Vegas.

Pertembungan dua jaguh itu bagaimanapun berakhir dengan keekcohan apabila berlaku campur tangan penyokong yang mengakibatkan pegawai keselamatan terpaksa mengawal keadaan.

Khabib dari Rusia sebelum itu mempamerkan persembahan mantap dalam perlawanan yang berlangsung empat pusingan apabila beraksi agresif sejak minit pertama perlawanan hingga memaksa McGregor menyerah kalah.

Kemunculan semula McGregor nyata tidak membuahkan hasil memandangkan sebelum ini atlet yang terkenal dengan mulut celupar itu tewas kepada Floyd Mayweather.


Pengarang :