NILAI, 11 Jun — Orang ramai tidak melepaskan peluang melihat model perumahan Youth City dan mendapatkan informasi tentang unit rumah yang dilancarkan pada Majlis Pelancaran Perumahan ‘Youth City’ Tower D ‘Sayangi Anak Nogori’ di Vision City Sales Gallery, Persiaran Pusat Bandar, Bandar Baru Nilai, hari ini. — fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA
NASIONAL

KPKT arah benteng banjir ditutup kepada awam

SERDANG 4 OKT: Jambatan di atas benteng banjir atau ‘flood gate’ akan ditutup kepada orang awam.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin berkata ini bagi memastikan keselamatan awam lebih terjamin.

Sehubungan itu pihaknya akan berbincang mengenai isu itu dengan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar bagi memastikan tahap keselamatan di kawasan sungai lebih terjamin kepada laluan orang awam.

Selain itu Zuraida menjelaskan pihak bomba harus mendapatkan satu laporan struktur sungai atau parit daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) sebelum memulakan tugasan Mencari dan Menyelamat (SAR) mangsa lemas di kawasan sungai mahupun longkang.

Elemen ini akan dijadikan satu Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam operasi dan menyelamat pihak bomba.

“Saya akan mengarahkan Ketua Pengarah Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Mohammad Hamdan Wahid, untuk pastikan satu daripada SOP sebelum anggota bomba turun untuk menyelamatkan atau kerja-kerja penyelamat di sistem perparitan harus dapatkan laporan daripada pihak PBT dahulu mengenai struktur longkang sebagai persediaan untuk lakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat,” jelasnya di Hospital Serdang malam tadi.

Ini susulan kejadian yang mengorbankan nyawa enam anggota bomba yang lemas ketika lakukan operasi SAR bagi menyelamat seorang remaja di sebuah lombong di Puchong.

SUMBER: ASTRO AWANI


Pengarang :