PELANCONGANSELANGOR

Kuala Selangor mula usaha dapatkan status RAMSAR

OLEH NADIAH ZAMLUS

KUALA SELANGOR, 26 OKT: Persatuan Pecinta Alam Malaysia (MNS) kini dalam usaha mendapatkan status RAMSAR bagi Taman Alam Kuala Selangor (KSNP).

Presidennya, Ahmad Ismail berkata, ia sekali gus membolehkan KSNP menjadi lokasi pertama di negeri ini yang mendapat status tersebut.

Katanya, bagaimanapun permohonan status itu masih lagi di peringkat awal dan berharap supaya Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) membawanya ke peringkat negeri untuk kerja penggazetan tanah.

“Dimaklumkan kini permohonan perlu melalui Kerajaan Negeri dan Persekutuan, serta khusus melalui Kementerian Tanah, Air dan Sumber Asli,” katanya ketika ucapan penutup Seminar ‘Bioblitz’, di sini.

RAMSAR bermaksud senarai tanah lembap yang dipersetujui melalui Konvensyen Tanah Lembap yang diadakan di Ramsar, Iran pada tahun 1971.

Terdapat seramai 147 ahli konvensyen dengan 1,524 tapak tanah lembap yang berjumlah 129.2 juta hektar dalam senarai RAMSAR.

Malaysia kini mempunyai tujuh tapak Ramsar. Tiga yang lain ialah Tasik Bera, Pahang yang disenaraikan pada 1994, Tanah Lembap Kuching, Sarawak (2005) dan Tanah Lembap Hilir Kinabatangan-Segama, Sabah (2008).


Pengarang :