PENDIDIKAN

Lebih 600 peserta sertai program IICE 2018

OLEH SHEEDA FATHIL

PUNCAK ALAM, 12 OKT: Lebih 600 peserta menyertai pertandingan International Innovation, Invention and Creation Exhibition (IICE) 2018 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Alam, di sini, semalam.

UiTM menerusi kenyataannya memaklum, program anjuran Mahasiswa Fakulti Sains Kesihatan itu bertujuan melahirkan mahasiswa berfikiran kreatif dan kritis serta mempunyai matlamat tinggi dalam penghasilan inovasi.

Katanya, penganjurannya juga membabitkan pelajar dari Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Koleh Vokasional dan Universiti dalam serta luar negara.

Ia dirasmikan Ahli Dewan Negeri Jeram, Shaid Rosli dan turut dihadiri Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM, Dr Hamzah Fansuri.

Menariknya, setiap peserta yang bertanding perlu menghasilkan kepelbagaian hasil reka bentuk mengikut dua kategori A dan B.

Sementara itu, juara keseluruhan projek mengikut kategori dimenangi Help College of Arts and Technology dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dengan masing-masing membawa pulang ‘Diamond Award’.

Manakala, Kolej Vokasional Lebuh Cator dan Maktab Rendah Sains Mara Jeli, Kelantan mendapat “Best Poster Presentation Award”.

UiTM Puncak Alam serta Sekolah Kebangsaan Sungai Sireh pula mendapat ‘Potential Project Award’ manakala, 38 kumpulan yang lain berjaya mendapat emas selebihnya menerimat perak dan gangsa.

Selain itu, apabila wujudnya pertandingan sebegini ia membuktikan bahawa UiTM bukan sahaja menghasilkan graduan yang kompeten dalam akademik malah mampu berdaya saing di peringkat Antarabangsa.


Pengarang :