SELANGOR

Mesyuarat Khas MP dan Adun selesai isu rakyat

OLEH NORHAYATI UMOR

PETALING JAYA, 24 OKT: Kerajaan Negeri sudah mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing supaya mengadakan mesyuarat khas yang membabitkan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negeri (ADN) seluruh negeri.

EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awan dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han berkata, mesyuarat itu perlu diadakan tiga bulan sekali berkuatkuasa serta merta.

Katanya, ia bertujuan untuk memastikan komunikasi antara wakil rakyat termasuk pembangkang boleh mengutarakan permasalahan khususnya kawasan masing-masing.

“Semua Datuk Bandar dan Yang Dipertua sudah mengambil maklum perkara ini.

“Mesyuarat itu perlu diadakan tiga bulan sekali bermula sekarang bertujuan menyelesaikan masalah berbangkit sekiranya ada sekali gus mencapai penyelesaian,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Majlis Penutup Kursus Asas Ahli Majlis PBT 2018-2020 (Sesi 1) di Hotel Crystal Crown), di sini.

Terdahulu, Sze Han menyampaikan sijil penyertaan seminar berkenaan kepada 89 Ahli Majlis yang baru dilantik membabitkan enam PBT.

 


Pengarang :