NILAI, 11 Jun — Orang ramai tidak melepaskan peluang melihat model perumahan Youth City dan mendapatkan informasi tentang unit rumah yang dilancarkan pada Majlis Pelancaran Perumahan ‘Youth City’ Tower D ‘Sayangi Anak Nogori’ di Vision City Sales Gallery, Persiaran Pusat Bandar, Bandar Baru Nilai, hari ini. — fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA
NASIONAL

Nilai rumah tidak terjual cecah RM22.2 bilion

OLEH SHEEDA FATHIL

KUALA LUMPUR, 25 OKT: Rumah tidak terjual di seluruh negara mencecah nilai RM22.5 bilion, kata Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Katanya, 73 peratus rumah tidak terjual itu terdiri dalam kategori rumah mampu milik bernilai RM250,000 ke bawah.

“Kerajaan sudah mengadakan perbincangan dengan Institut Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia bersama pihak pemaju untuk menganjurkan ekspo pemilikan rumah seperti dilaksanakan pada 1998 hingga 1999 bagi menjual rumah tidak terjual tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan dikemukakan Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun dalam sesi perbahasan, di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Soalan dikemukakan berkenaan langkah kementerian untuk mengatasi masalah lambakan unit rumah yang tidak dapat dijual ekoran kegagalan pembeli mendapatkan pinjaman perumahan daripada bank dan institusi kewangan.

Selain itu, Zuraida berkata, kementerian sedang dalam proses untuk melaksanakan beberapa skim pembiayaan rumah yang membolehkan syarat kelulusan pinjaman dilonggarkan.


Pengarang :