NASIONAL

Pandang serius isu pemilihan parti – Zuraida

OLEH AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 29 OKT: Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) KEADILAN tidak boleh berada dalam sindrom penafian berhubung krisis pemilihan, termasuk penemuan ‘jammer’, di Kuala Selangor, semalam.

Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, penemuan itu satu unsur sabotaj serius dan perlu ditangani segera, termasuk pelbagai kontroversi lain yang dibangkitkan sepanjang pemilihan parti.

“Pemilihan parti sangat kritikal sekarang. Parti perlu menghentikannya dan tidak boleh berada dalam sindrom penafian.

“Mereka perlu melakukan sesuatu terhadap pemilihan berkenaan isu kehilangan sebahagian undi, pengurusan proses pemilihan, rasuah dan jammer,” katanya kepada media di Lobi Parlimen.

Katanya, ia bukan perkara mengejutkan jika kepincangan sama berlaku di kawasan pemilihan sebelum ini, malahan sudah ada laporan polis dibuat.

“Mereka perlu melakukan semula proses pemilihan di Melaka, Kuala Selangor, Sabah dan Sarawak.

“Kita tidak tahu apa yang akan berlaku di Sabah dan Sarawak, tambahan ia kawasan pedalaman dengan rangkaian terhad,” katanya.

 


Pengarang :