NASIONAL

Pastikan Anwar menang, bersama betulkan kerosakan negara

OLEH NORHAYATI UMOR

PORT DICKSON, 12 OKT: Memperbetulkan kerosakan 60 tahun pentadbiran kerajaan terdahulu diakui bukan suatu yang mudah buat Kerajaan Pakatan Harapan (PAKATAN).

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Dato’ Seri Mukhriz Mahathir berkata, kemenangan Calon PAKATAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson esok penting dalam memastikan negara kembali dilandasan tepat.

“Kita perlukan masa untuk memperbetulkan karenah kerajaan terdahulu. Namun, pihak pembangkang mula mengkritik kita kerana belum melaksanakan semua janji-janji.

“Mana mungkin kerosakan ini boleh diperbaiki dalam tempoh lima bulan. Tidak realistik dan tidak masuk akal.

“Maka, saya minta nekad rakyat Malaysia terjemahkan esok buktikan apa yang dinyatakan semuanya fitnah.

“Kita mesti memastikan Datuk Seri Anwar menang bergaya,” katanya dalam ceramah grand finale di Bagan Pinang, di sini.

Pada masa sama, Menteri Besar Kedah itu turut mengulangi bakal Perdana Menteri ke lapan milik Anwar.

Beliau menafikan Tun Mahathir Mohamad yang merupakan Perdana Menteri ketika ini ‘kemaruk’ kuasa.

“Kita mesti faham beliau sudah 93 tahun. Sebagai manusia mesti tahu had-hadnya. Jadi biarlah beliau mengorak langkah perancangan pemulihan dahulu,” katanya.


Pengarang :