Sekolah agama kendalian Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memulakan sesinya esok, 15 dan 22 Julai depan.
NASIONAL

Pertimbang cadangan cuti sekolah berperingkat

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 11 OKT: Cadangan cuti sekolah secara berperingkat dalam usaha menangani kesesakan di kawasan tumpuan pelancongan dan memacu industri perlu dipertimbangkan.

EXCO Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar Perak, Dr Abdul Aziz Bari berkata, Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan yang mencadangkannya perlu berbincang dengan pihak berkaitan termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta warga pendidik sebelum ia diputuskan.

“Saya tidak menafikan cadangan itu penting bagi merancakkan sektor pelancongan.

“Bagaimanapun, ia juga boleh menimbulkan kesulitan kepada ibu bapa untuk merancang program percutian bersama keluarga jika ada antara anak mereka belajar di negeri lain,” katanya dipetik Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan cawangan pengedar skuter elektrik, Lima Malaysia Electric Vehicle di Ipoh, Perak, hari ini.

Selasa lalu, Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata, pihaknya merangka cadangan itu dan akan mengemukakan kepada Kementerian Pendidikan.

Cadangan itu membabitkan cuti sekolah yang biasa diberikan pada Mac, Jun dan September sahaja.


Pengarang :