Selangorkini
PBT SELANGOR

PJ Car Free Day Siri 3/2018 meriah

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

PETALING JAYA, 15 OKT: Usaha menjadikan Petaling Jaya sebagai bandar raya hijau dan mampan diteruskan menerusi program PJ Car Free Day Siri 3/2018, di Taman Tasik Bandaran Kelana Jaya, di sini, pada 14 Oktober lalu.

Sekretariat Media Unit Komunikasi Korporat MBPJ dalam kenyataan berkata, penganjurannya selaras inisiatif Pihak Berkuasa Tempatan terbabit ke arah menjadikan bandar raya Petaling Jaya sebagai kawasan bebas asap kenderaan bermotor yang berbahaya.

“Ia turut memberikan peluang kepada masyarakat awam untuk melakukan aktiviti komuniti bersama keluarga di Taman Bandaran Kelana Jaya.

“Selain itu, aktiviti program seumpama ini turut membantu penduduk tempatan menjalani kehidupan yang sihat melalui aktiviti kecergasan, sekali gus mengurangkan gejala tidak sihat,” katanya.

Antara pengisian acara sempena program itu adalah ‘Family Fun Run’, ‘MBPJ Doodle Battle’, pertandingan permainan tradisional, senamrobik dan pertandingan ‘Group Aerobicthon Feat Zafina Fitness TM’

Terdapat juga pertandingan seni reka warisan budaya malaysia kanak-kanak, karya seni lukis dan reka, persembahan muzik street live, persembahan seni silat tradisi pertandingan PJ havoc buskers, pertandingan mewarna dan pertandingan kutipan sampah kitar semula.

Kesemua acara berlangsung mulai jam 7 pagi hingga 1 petang.


Pengarang :