NASIONAL

PM gembira hasrat Imran Khan ke Malaysia

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 18 OKT: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan kegembiraan berhubung hasrat Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan untuk berkunjung ke Malaysia.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan berkata, hasrat itu dinyatakan menerusi panggilan telefon, pada jam 1.45 petang (waktu tempatan), hari ini.

Katanya, menerusi perbualan itu, Imran memaklumkan akan melawat negara, dalam tempoh terdekat.

Kedua perdana menteri itu turut bertukar pendapat berkenaan isu rasuah yang mahu dihapuskan.

Imran yang juga bekas pemain kriket terkemuka dipilih sebagai Perdana Menteri Pakistan baharu, pada undian nasional Republik, pada 25 Julai lalu.


Pengarang :