EKONOMISELANGOR

Projek ‘Dillenia’ PKNS tawar keunikan tersendiri

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 30 OKT: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memperkenalkan ‘Dillenia’ sebagai projek terbaharunya, di gerbang utara Selangor, Bernam Jaya.

Projek berkeluasan 8.58 ekar terdiri daripada 72 unit kediaman dengan dua varian itu merangkumi 28 unit rumah cantuman empat (Kluster) berkeluasan 1,848 kaki persegi, manakala selebihnya rumah berkembar dua tingkat berkeluasan 1,900 kaki persegi masing-masing berharga RM532,500 dan RM552,000.

Pengurus Komunikasi Korporatnya, Ishak Hashim berkata, setiap unit projek berkenaan menawarkan keunikan tersendiri melalui penghayatan sentuhan alam menghijau dan persekitaran penuh kedamaian.

Katanya, ia direka dengan konsep seni bina moden dan menawarkan kediaman ideal serta selesa kepada bakal pemilik.

“Dilengkapi dengan 3+1 bilik tidur dan tiga bilik air, ruang dalaman yang luas serta ‘Double Frontage’, semestinya memberikan pengaliran udara semula jadi yang maksimum.

“Pemilik juga dapat menikmati alam menghijau dengan suasana penuh ketenangan jauh daripada kesibukan kota,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, pemilihan Bernam Jaya sebagai projek pembinaan kerana ia terletak di laluan strategik dengan jaringan akses jalan raya kondusif.

Katanya, ia termasuk Lebuhraya Utara Selatan (1km), Jalan Persekutuan Kuala Lumpur-Ipoh (5km) dan Stesen KTM Tanjung Malim (7km) yang memudahkan pemilik kediaman menuju ke destinasi diinginkan.

“Projek ini turut berdekatan dengan kemudahan awam dan rekreasi antaranya hanya 7km sahaja ke Universiti Pendidikan Sultan Idris, 12km ke Bandar Raya Proton dan 15km ke Pekan Tanjung Malim.

“Menariknya, PKNS menawarkan rebat 10% menerusi Skim Smart Ownership PKNS, iaitu bagi pembelian rumah pertama, manakala 12% rebat bagi pemilikan hartanah kedua,” katanya.

Projek berkenaan dilancarkan, pada Sabtu lalu, di Galeri Jualan Hartanah Bernam Jaya.

Untuk pertanyaan lanjut berkenaan projek itu, orang ramai boleh melayari www.pkns-property.com atau menghubungi wakil jualan di talian 016-251 0113 / 011 1429 3079 / 013 939 0310 / 013 342 1098 / 017 380 9037 / 019 303 4342 / 013 323 2158.


Pengarang :