AGAMASELANGOR

PUWAS sumbang RM5,000 bina masjid baru di Puchong

OLEH NADIAH ZAMLUS

PETALING JAYA, 31 OKT: Persatuan Usahawan Waris Negeri Sembilan (PUWAS) menyumbangkan RM5,000 bagi membantu pembinaan Masjid Al-Mu’izz, Taman Sri Puchong, hari ini.

Pengerusinya, Dato’ Sri Megat D. Shahriman Dato’ Zaharudin berkata, sumbangan itu bagi memastikan pembinaan masjid berkenaan berjalan lancar.

“Saya difahamkan dana diperlukan adalah sekitar RM8.3 juta dengan kelusan 49,644 kaki persegi dan keluasan pembinaan lantai 24,391 kaki persegi lengkap bersama infrastrukturnya.

“PUWAS berharap sumbangan bini akan turut mendapat perhatian badan bukan kerajaan lain untuk membantu pembinaan masjid di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Penyerahan Sumbangan Cek kepada Tabung Pembinaan Masjid Taman Sri Puchong, di Pejabat PUWAS, di sini.

Turut hadir Pengerusi Pembinaan Masjid Al-Mu’izz, Taman Sri Puchong, Left Kol (B) Tunku Adnan Tunku Kassim dan Pemangku Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Selangor, Hashim Muhamad.

Beliau berkata, program kali pertama itu menjadi penggerak kepada PUWAS untuk bergerak lebih aktif bagi membantu pembinaan masjid baru, di seluruh negara.

“Bukan sahaja di Puchong, mana-mana masjid juga kami akan cuba bantu bagi membolehkan institusi Islam ini diperkukuhkan lagi.

“PUWAS memilih Puchong kerana difahamkan umat Islam di situ memerlukan masjid lebih besar, ia bukan sahaja untuk menampung jemaah solat Jumaat tetapi memudahkan anak kariah mengadakan aktiviti kemasyarakatan di masjid,” katanya.


Pengarang :