Ringgit dibuka rendah 4.1550/1600 berbanding dolar AS | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Ringgit dibuka rendah 4.1550/1600 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 9 OKT: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan kekurangan minat belian serta akibat faktor pengukuhan unit negara maju berkenaan, kata seorang peniaga.

Pada 9 pagi ini, ringgit berada di paras 4.1550/1600 berbanding 4.1530/1560 sewaktu pasaran ditutup pada Isnin.

Peniaga itu berkata selain pengukuhan dolar AS dan pertikaian dagangan antara AS dan China yang berlanjutan, elemen seperti landskap politik dan ekonomi tempatan selain harga minyak turut mempengaruhi prestasi ringgit.


“Susulan ketegangan membabitkan China dan AS, pelabur sebaliknya akan bertindak mencari pasaran lain yang menjaminkan sebelum meneruskan melabur,” katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, mata wang China mencecah paras terendahnya dalam tempoh tujuh minggu iaitu 6.9315 yuan berbanding dolar AS berikutan kebimbangan pelabur terhadap ketegangan perdagangan yang semakin ketara ketika menimbang sama ada satu lagi kenaikan kadar faedah perlu dilaksanakan atau sebaliknya.

Setakat 9 pagi ini, minyak mentah Brent yang juga penanda aras global, berada pada AS$83.74 setong.

Dalam pada itu, ringgit didagangkan lebih rendah berbanding kelompok mata wang utama lain.

Ia turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0015/0053 daripada 2.9979/3007 semalam dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.6744/6798 daripada 3.6639/6668.

Ringgit juga rendah berbanding euro kepada 4.7737/7798 daripada 4.7647/7694 dan jatuh berbanding pound Britain kepada 5.4372/4454 daripada 5.4242/4302.

SUMBER: BERNAMA

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next