SELANGOR

Selangor bakal anjur Karnival Kerjaya OKU 2018

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 19 OKT: Kerajaan Negeri akan menganjurkan Karnival Kerjaya Orang Kelainan Upaya (OKU) 2018 bagi meningkatkan peluang kerja kepada golongan terbabit, pada 25 November ini.

Pengerusi Mesyuarat Penyelaras Program, Anis Afida berkata, program yang diadakan di Atrium SACC Mall itu akan berlangsung bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

“Golongan OKU yang berminat mencari pekerjaan dinasihatkan jangan lupa membawa butir peribadi, kad OKU dan sijil berkaitan,” katanya pada mesyuarat berkenaan, di Bangunan SUK, hari ini.

Katanya, program yang akan dirasmikan EXCO Kesihatan, Pemerdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud itu bertujuan memberdaya dan memperkasa OKU, sekali gus meningkatkan kesedaran masyarakat bahawa hak mereka tidak dinafikan.

Katanya, karnival itu membabitkan kira-kira 15 majikan yang akan membuka booth bagi mencari calon untuk mengisi kekosongan jawatan, di syarikat masing-masing.

Ppenganjur menyasarkan seramai 3,000 pencari kerja dalam kalangan OKU hadir, pada program itu.

Antara pencari kerja yang dijangka hadir, pelatih Pusat Pemilihan Dalam Komuniti (PDK) Selangor, penghuni institusi OKU, penerima bantuan OKU, pelajar Sekolah Pendidikan Khas, persatuan dan pertubuhan OKU serta pencari kerja ‘walk in”.

Penganjuran program itu turut mendapat kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor, Jabatan Tenaga Kerja Malaysia, Majlis Bandaraya Shah Alam dan Pusat Membeli-belah SACC.

 


Pengarang :