SELANGORSUKANKINI

SelSDeaf hargai sokongan Kerajaan Negeri, MSN Selangor

OLEH HAFIZAN TAIB

IPOH, 20 OKT: Persatuan Sukan Orang Pekak Selangor (SelSDeaf) melahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri yang sentiasa membantu pembangunan sukan golongan berkaitan di Selangor.

Presidennya, B Sarkunan berkata, pihaknya berharap jalinan kerjasama itu akan terus dipererat demi manfaat dan perkembangan positif sukan orang pekak di negeri itu.

“Saya terharu dengan kerjasama Kerajaan Negeri dan Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor yang membantu serta menyokong usaha SelSDeaf bagi perkembangan sukan orang pekak di Selangor.

“Pada masa akan datang, saya mengharapkan kerjasama ini akan terus ditingkatkan demi kebaikan bersama,” katanya kepada Media Selangor.

Beliau berkata demikian selepas menyertai Timbalan Pengarah (Pembangunan Sukan) MSN Selangor, Mohamad Nizam Marjugi menyaksikan atlet olahraga Selangor ke Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) 2018 beraksi di Stadium Perak di sini, semalam.

Sarkunan berkata, dengan sokongan diberikan juga, SelSDeaf dapat menyertai SOPMA 2018 dalam lima acara sukan dipertandingkan.

“Terima kasih Kerajaan Negeri dan MSN Selangor,” katanya.


Pengarang :