SELANGOR

Sertai Datum Tap menang hadiah lumayan

OLEH NORHAYATI UMOR

KUALA LUMPUR, 6 OKT: Penggemar permainan video dialukan menyertai permainan telefon pintar pertama di Malaysia, Datum Tap yang memberi peluang kepada pemain membantu komuniti Orang Asal dan memenangi hadiah yang ditawarkan.

Presiden Epic Society, John Son Oei berkata, Epic Society merupakan organisasi bukan berorientasikan keuntungan memberi tumpuan terhadap usaha mendirikan rumah kepada komuniti Orang Asal yang kurang mendapat perhatian.

Katanya, berdasarkan fakta daripada Program Pembangunan PBB (UNDP), 34 peratus daripada Orang Asal hidup secara proaktif, bersamaan dengan satu pertiga daripada keseluruhan populasi.

“Rumah merupakan perkara yang sangat penting kepada Orang Asal, yang mana ia sangat berkaitan dengan identiti mereka, peluang pekerjaan, komuniti dan tanah.

“Membantu keluarga untuk memiliki rumah bakal membantu keluarga melepasi kitaran kemiskinan.

“Kami terharu apabila diberi peluang bekerjasama dengan DatumCorp menerusi kempen inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya,” katanya.

Son Oei berkata, komuniti Orang Asal menjadi pemenang dan bintang dalam kempen #DatumHomesForAll, sekali gus lebih ramai masyarakat menyedari peranan kaum itu.

“Ternyata, Datum Tap muncul sebagai sebuah gamification yang tepat menyampaikan dan mencapai matlamat membudayakan kaum ini,” katanya.

Permainan itu merupakan permainan mudah alih yang boleh dimuat turun dengan iOS dan Android.

Ia membernarkan pemain mengumpul planks dengan bermain telefon pintar bagi membina rumah maya komuniti itu.

Peserta juga yang berminat menyertai hendaklah memilih ‘Like’ Datum Jelatek Facebook Page’, log masuk di dalam aplikasi mudah alih dengan authentic akaun Facebook dan menang hadiah mingguan dan hadiah utama,

Antara hadiah mingguan ialah Huawei P20, pakej pelancongan Osaka dan pemenang hadiah mingguan akan diumumkan pada 12 Januari 2019.

 


Pengarang :