SELANGORSUKANKINI

SOPMA18: Pasukan lelaki tenpin boling Selangor raih gangsa

OLEH HAFIZAN TAIB

IPOH, 20 OKT: Tenpin boling Selangor terus menuai pingat apabila pasukan lelakinya memenangi gangsa dalam Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) di Ampang Superbowl di sini, semalam.

Pingat terbabit diperoleh dalam acara berpasukan menerusi Noor Aizad Noor Azmi, Ahmad Zainurin Amat Jailani, Suhaimi Abdul Manap, Mohd Firdaus Mohamad dan Mohd Razid Redzali yang mengumpul 4,590 jatuhan pin.

Pasukan Wilayah Persekutuan nyata unggul dan menguasai acara itu bagi mengenggam emas dari lima pemainnya, Chu Hock Seng, Chin Nyuk Hing, Edmondson Koh Kok Leng, Wong Chew Hoong dan Mohd Zaidi Awang dengan catatan 4.859 jatuhan pin.

Manakala perak diraih pasukan Sabah diwakili, Lo Fook Fah, Jason L John, Ho Choon Seong, Soo Kok Heng dan Nethaneal Siegfred Enson (4,633).

Setakat ini, pasukan tenpin boling Selangor memenangi dua emas, satu perak dan dua gangsa dalam SOPMA 2018 ini.


Pengarang :