SUKANKINI

SOPMA18: Tenpin boling Selangor tekad cemerlang

OLEH HAFIZAN TAIB

IPOH, 16 OKT: Pasukan tenpin boling Selangor tekad mempamerkan aksi cemerlang dalam Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) 2018 seterusnya mengatasi pencapaian dalam kejohanan dua tahun lalu.

Pengurusnya, Siti Mahnun Dato’ Dr Mansor berkata, pasukan itu memberi tumpuan membaiki pencapaian dalam SOPMA 2016 di Sarawak dan menyakini ia mampu diraih sekiranya pemain beraksi baik secara konsisten.

“Di Sarawak kita dapat empat pingat emas, tiga perak dan satu gangsa maka untuk SOPMA kali ini, kita mungkin dapat lebih dengan sasaran meraih lima emas.

“Dengan latihan dan persiapan dibuat, saya berharap pemain Selangor mempamerkan prestasi baik bagi memcapai sasaran itu,” katanya kepada Media Selangor di sini, hari ini.

Beliau berkata, kejayaan pasukan tenpin boling dalam SOPMA ke-20 itu amat penting bagi Selangor dan seterusnya melayakkan pemain mewakili negara ke peringkat antarabangsa.

Katanya, kecemerlangan dalam kejohanan dwitahunan itu kerana ia adalah salah satu kejohanan terbesar untuk golongan orang pekak.

“Ada antara pemain Selangor yang mungkin akan terpilih menyertai skuad kebangsaan ke kejohanan di peringkat ASEAN atau Deaflimpik selepas ini

“Saya menaruh harapan pasukan tenpim boling Selangor akan beraksi cemerlang dan melepasi sasaran ditetapkan,” katan


Pengarang :