SELANGOR

Sultan Selangor berkenan rasmi Hari Perancangan Bandar Sedunia

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 30 OKT: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan Majlis Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia, di Pusat Konvensyen Setia City, hari ini.

Keberangkatan tiba baginda disambut Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari; Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa negeri, Muhammad Ridzuan Arshad dan EXCO Kerajaan Negeri.

Turut berangkat DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Baginda berdua kemudiannya dibawa melawat ke bahagian pameran perumahan antaranya Rumah SelangorKu, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan EcoWorld.

Amirudin dalam ucapannya berkata, sejak 1988, sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia disambut hampir 30 negara, di seluruh dunia.

Katanya, ia bagi menghargai peranan ahli perancang bandar yang dikenali sebagai ‘urban planner’ bertujuan untuk mewujudkan persekitaran kehidupan berkualiti dan membentuk masyarakat sejahtera.

“Sempena tema sambutan, ‘Selangor Ke Arah Bandar Berdaya Huni’, marilah kita merakamkan penghargaan buat seluruh perancang bandar yang sudah lama menabur bakti membangunkan negeri ini,” katanya.


Pengarang :