Tanah menjadi cecair punca kemusnahan dahsyat Palu | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Tanah menjadi cecair punca kemusnahan dahsyat Palu

PALU 2 OKT: Proses pencecairan, yang mana pihak berkuasa Indonesia berkata menjadi faktor memusnahkan ribuan rumah di dalam dan sekitar bandar terletak di Sulawesi Tengah di sini ketika gempa bumi Jumaat lalu, adalah satu daripada kesan paling menghancurkan akibat bencana alam itu.

Sebagai tambahan menyebabkan tanah mengalir seperti cecair, dalam kes ini menjurus kepada banjir lumpur, ia juga menjadikan tanah merosot dan mendap.

Untuk pencecairan berlaku, tanah perlu amat poros (apabila memiliki banyak pasir di dalamnya, ia terutama amat terdedah), ia perlu tepu dengan air (biasa berlaku di negara tropika dan menerima banyak hujan di Indonesia) serta perlu digegarkan dengan amat kuat (seperti yang berlaku ketika gempa magnitud 7.5).


Pemandangan udara dari kawasan pantai Taipa, berikutan gempa bumi dan tsunami, Palu Utara, Sulawesi Tengah, Indonesia. – Foto REUTERS
Dalam tanah tepu dengan air, ruang mikroskopik di sekitar butiran sedimen dipenuhi air. Gegaran menyebabkan butiran menjadi padat, yang meningkatkan tekanan air. Tanah menjadi tidak stabil dan boleh tenggelam secara tidak sekata.

Ia kehilangan keupayaan menyokong struktur dibina di atas atau di dalamnya termasuk asas rumah, dermaga dan jambatan, sering mengakibatkan kematian.

Contohnya, pada 1906, ketika gempa bumi San Francisco, kebanyakan kerosakan berlaku di tanah ditebus yang dipenuhi sedimen dari Teluk San Francisco. Pencecairan tanah tebusan itu menyebabkan bangunan runtuh.

Tanah tidak stabil, berair boleh mengalir seperti lumpur. Malah, tanah cerun yang tidak begitu curam boleh runtuh dan menggelongsor. Video diambil selepas gempa bumi Jumaat lalu jelas menunjukkan tanah runtuh cetek dan dalam sesetengah rakaman, keseluruhan landskap jelas bergerak perlahan kerana tanah cair.

Ketika gempa bumi kuat, air yang berada dalam tekanan boleh dipaksa keluar dari sedimen. Pada gempa magnitud 9.2 di Alaska pada 1964, contohnya, penduduk di Valdez, bandar dibina di atas sedimen glasier, dilaporkan melihat lapisan air terpancut 6.1 meter ke udara ketika bumi bergegar.

Kadang kala, pasir berair juga boleh terpancut sama serta berlaku fenomena digelar pasir mendidih.

SUMBER: NEW YORK TIMES

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next