NASIONAL

Tiga warga Myanmar maut tertimbus di Terla Cameron Highlands

IPOH, 14 OKT: Tiga warga Myanmar maut dalam insiden tanah runtuh di Batu 49 Kampung 3, Terla, Cameron Highlands hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, dua daripada mangsa adalah wanita dikenali sebagai Naing Vai, 23, dan Mu Aye Aye, 34, serta seorang lelaki dikenali sebagai Aung Thong, 23.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Mohd Sani Harul berkata runtuhan tanah berlaku pada bahagian atas tebing jalan menyebabkan pondok mangsa tertimbus.

“Pondok mangsa tidak dapat dilihat akibat daripada timbusan tanah itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Maklumat lanjut mengenai insiden tersebut akan diberikan oleh pihak bomba kemudian.

SUMBER: BERNAMA

FOTO: BH ONLINE


Pengarang :