EKONOMIGLOBAL

Volkswagen tamatkan kontrak CEO Audi isu penipuan pelepasan asap

BERLIN 3 OKT: Volkswagen menamatkan kontrak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Audi, Rupert Stadler, ketika mana penyiasatan jenayah sedang dijalankan bagi menentukan sama ada beliau terbabit dalam penipuan pelepasan asap kenderaan oleh kumpulan automotif Jerman itu.

Pendakwa Raya Munich sedang menyiasat Stadler dan seorang lagi pengurus kanan Audi yang disyaki menipu dan mengeluarkan iklan tidak benar berhubung pelepasan asap kenderaan, selain manipulasi ujian ke atas kenderaan.

Stadler meninggalkan jawatan sebagai ahli lembaga pengurusan kumpulan Volkswagen dan sebagai CEO Audi serta merta, kata VW dalam satu kenyataan.

Beliau digantung kerja selepas ditahan pada pertengahan Jun kerana disyaki masuk campur dalam penyiasatan pelepasan asap itu.

Eksekutif Jualan, Bram Schot menjawat jawatan yang dikosongkan itu buat sementara.

Kedua-dua VW dan jenama premium Audi sebelum ini berkata bahawa Stadler dianggap tidak bersalah melainkan dibuktikan sebaliknya.

“Encik Stadler (meninggalkan syarikat) kerana, disebabkan tahanan pra-perbicaraan ke atas beliau, beliau tidak dapat memenuhi tugasan sebagai ahli pengurusan dan berhasrat menumpukan kepada pembelaan,” kata VW dalam satu kenyataan.

SUMBER: REUTERS


Pengarang :