SELANGOR

Wujud bandar berdaya huni buat wanita

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 30 OKT: Selangor berusaha memastikan negeri itu lebih berdaya huni dan sesuai didiami wanita, kanak-kanak serta Orang Kurang Upaya (OKU).

EXCO Perumahan dan Kehidupan Bandar, Haniza Talha berkata, ia dinilai dari segi infrastruktur, ekonomi, kemudahan rekreasi, kebersihan dan kestabilan keselamatan.

“Kerajaan Negeri akan berusaha memastikan pelaksanaannya dicapai secara holistik supaya kesejahteraan sosial dapat dinikmati semua lapisan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Selangor 2018, di Pusat Konvensyen Setia City, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, jenayah terhadap wanita masih lagi tinggi di negara ini, sekali gus memberi kesan terhadap mobiliti wanita.

Katanya, kaji selidik dilakukan Institut Wanita Berdaya terhadap wanita Selangor mendapati 54.9 peratus daripada mereka berasa tidak selamat ketika berada di jalanan, sementara 15 peratus mengatakan sangat tidak selamat.

“Manakala 57.6 peratus berasa tidak selamat di ruang awam,” katanya


Pengarang :