PBTSELANGOR

YDP MPK menang anugerah Manager Of The Year di Perancis

OLEH NORHAYATI UMOR

KLANG, 6 OKT: Yang DiPertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Dato’ Mohamad Yasid Bidin berjaya menerima penghargaan antarabangsa menerusi Anugerah ‘Manager Of The Year’ dan ‘Excellence In The City Management’, semalam yang diadakan di Cannes, Perancis sempena ‘The International Festival Triumph and European Awards Night 2018’.

Pengarah Komunikasi Korporatnya, Norfiza Mahfiz berkata, warga MPK sangat berbangga dengan anugerah yang diterima dan menganggap ia merupakan hadiah bernilai buat MPK dan warga Klang khususnya.

“Tahniah kepada Dato ‘ Mohamad Yasid yang mendapat Pengiktirafan dan Anugerah di peringkat Antarabangsa.

“Kami warga MPK sangat berbangga dengan Anugerah yang diterima ini yang merupakan hadiah yang amat bernilai buat MPK khususnya dan juga warga Klang Bandar Diraja amnya,” katanya kepada SelangorKini.

Norfiza juga merupakan Penyelaras Kualiti dan Inovasi MPK berkata, pencapaian itu merupakan kejayaan yang amat berharga kerana buat julung kalinya, MPK menerima pengiktiran diperingkat Antarabangsa kepada YDP selama MPK ditubuhkan.

“Semoga MPK akan beroleh kejayaan demi kejayaan. Ribuan terima kasih diucapkan kepada warga MPK dan Klang yang memberikan sokongan kepada YDP sepanjang beliau berkhidmat di MPK,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Yasid menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua pihak sama ada warga kerja MPK dan warga Klang yang membantu menaikkan nama MPK sepanjang tempoh beliau bekerja di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu.

Pencalonan Mohamad Yasid untuk menerima anugerah sebagai ‘City Manager of The Year’ adalah hasil daripada penyelidikan dan sumber maklumat yang diperoleh oleh pihak penganjur berdasarkan beberapa kriteria.

Antaranya, kajian sosiologi berdasarkan statistik data kebangsaan dan antarabangsa; cadangan daripada pihak berkuasa antarabangsa, badan kerajaan, organisasi kebangsaan dan antarabangsa serta persatuan.

Selain itu, dokumen dan analisis media serta hubungan sosial, berita serantau dan portal pelancongan.

Terdahulu, pada tahun ini, MPK turut menerima anugerah di luar negara antaranya Anugerah The Green Era, International Achievement Award For quality and business excellece.

Selain itu, International Convention on quality control circle, Green World Ambassador, Green World Award dan Green Apple Environment Awards.

Beberapa anugerah di peringkat kebangsaan dan negeri juga dimenangi antaranya Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri, baru-baru ini.

 


Pengarang :