SELANGOR

YIDE bantu keluarga mangsa lemas

OLEH NORHAYATI UMOR

PUCHONG, 8 OKT: Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) menyantuni keluarga keluarga manga lemas adik Muhammad Ilham Fahmy di rumah beliau di Taman Putra Perdana, baru-baru ini.

Lawatan mahabbah YIDE itu diketuai Pengurus Operasi Bahagian Kebajikan dan Publisiti, Md Ariffin Jaafar dan Pegawai Kebajikannya, Muhammad Zubair Azizan.

Bapa mangsa, Muhamamd Azzam Naim berkata, dalam kejadian itu mangsa ke tempat kejadian selepas diajak oleh kawan-kawan.

Bagaimanapun, anaknya tergelincir ketika di tempat kejadian dan jatuh ke dalam lombong terbabit.

“Sama tidak menyangka kejadian ini berlaku pada anaknya yang disifatkan seorang ceria dan sentiasa membantu rakan-rakan dan adik beradik lain,” katanya.

Beliau turut menzahirkan perasaan dukacita diatas tragedi anggota bomba yang mengorbankan enam nyawa ketika misi mencari dan menyelamat.

Pada masa sama, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua anggota keselamatan terlibat dalam mencari anaknya yang lemas.

YIDE adalah sebuah agensi d bawah Majlis Agama Islam Selangor komited dalam usha kebajikan anak yatim, khidmat dialisis(rawatan buah pinggang) dan bantuan bencana alam seperti kebakaran, banjir besar, tanah runtuh dan sebagainya.

YIDE berharap supaya orang ramai mengawal aktiviti anak-anak supaya kejadian seumpama ini tidak berlaku. Sebarang sumbangan atau kejadian berkaitan musibah atau bencana alam boleh menghubungi Muhammad Zubair selaku Pegawai Kebajikan YIDE di talian 017-7569476.


Pengarang :