SELANGOR

200 belia sertai program Insan Selangor 2018

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA SELANGOR, 6 NOV: Seramai 37 belia sekitar Tanjong Karang, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan beberapa kawasan berhampiran berjaya menamatkan program Insan Selangor 2018, di Hotel De Palma Kuala Selangor, pada 3 hingga 4 November lalu.

Program anjuran Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan itu bertujuan melahirkan anak muda berkualiti, bertaqwa, berkerjaya, berketerampilan dan memiliki pemikiran kreatif serta inovatif.

Sepanjang tahun ini, sebanyak enam siri program dilangsungkan, di seluruh Selangor membabitkan kira-kira 200 peserta keseluruhannya.

Program yang dilaksanakan firma konsultan, YSP Management & Training Sdn Bhd itu adalah di bawah Kluster Belia, di bawah tajuk Pembangunan Kerjaya.


Pengarang :