SELANGOR

3 PBT penuhi syarat naik taraf status

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 28 DIS: Tiga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor berjaya memenuhi syarat untuk dinaik taraf kepada majlis perbandaran dan majlis bandaraya.

EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han berkata, Kerajaan Negeri juga terus memantau pengurusan kesemua PBT, di Selangor khasnya tiga PBT terbabit.

“Kerajaan Negeri memastikan PBT ini mengamalkan sistem tadbir urus cekap dan amalan pengurusan kewangan yang baik,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2019, di Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Sebelum ini, ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2019, Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, Kerajaan Negeri mensasarkan untuk menaik taraf Majlis Perbandaran Subang Jaya kepada Majlis Bandaraya Subang Jaya.

Sementara Majlis Daerah Kuala Selangor dan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) dinaikkan kepada majlis perbandaran.

Ketika menyentuh isu perhentian Bas Smart Selangor pula, Sze Han berkata, ia memerlukan bekalan elektrik ekoran keperluan spesifikasi yang ditetapkan.


Pengarang :