SELANGOR

48 pasukan jaya Kejohanan Boling anjuran Worldwide

OLEH SHEEDA FATHIL

SUBANG JAYA, 10 NOV: Sebanyak 48 pasukan menjayakan Kejohanan Boling anjuran Worldwide Landfills Sdn Bhd (WLSB), di Sunway Bowl Megalane, Sunway Pyramid, di sini, hari ini.

Penganjuran kejohanan kali kelapan itu membabitkan pegawai pejabat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor, agensi kerajaan dan media.

Pengurus Besarnya, Zamri Abdul Rahman berkata, kejohanan itu sememangnya dinanti-nantikan semua pihak, selain berpeluang beramah mesra dan meningkatkan jaringan kerja antara penganjur.

“Kejohanan ini dianjurkan sebagai salah satu acara penting dalam kalendar tahunan selain tanda penghargaan kepada PBT yang banyak membantu dan memberi sokongan kepada kami.

“Selain itu, penghargaan turut diberikan kepada barisan media yang sering membuat liputan berkenaan program dianjurkan WLSB setiap tahun,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, program itu salah satu platform berkesan bagi meningkatkan jaringan kerja dan perpaduan selain menambah kecerdasan mental serta fizikal.

“Program sosial ini adalah salah satu perkara penting yang perlu dipupuk dan dibudayakan dalam kehidupan seharian.

“Seperti tahun sebelumnya, kejohanan kali ini turut menyediakan hadiah lumayan kepada pemenang,” katanya.

 


Pengarang :