KUALA LUMPUR, 9 Nov — Menteri Kewangan Lim Guan Eng (kanan) menyampaikan anugerah kepimpinan ‘Patron’s Distinguished Benevolence Leadership Award’ kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) pada majlis makan malam dan penyampaian anugerah sempena Forum Ekonomi China Sedunia malam ini. Anugerah itu adalah sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan Anwar sebagai tokoh pemimpin politik Malaysia dan ikon antarabangsa bagi demokrasi, kebebasan dan hak asasi manusia. Turut hadir Naib Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Persidangan Perundingan Politik Rakyat China Cy Leung (kiri). –fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA
NASIONAL

Anwar, Kit Siang terima anugerah kepimpinan WCEF

KUALA LUMPUR, 10 NOV: Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima anugerah kepimpinan ‘Patron’s Distinguished Benevolence Leadership Award’ daripada Forum Ekonomi China Dunia (WCEF), di sini, malam tadi.

Anugerah terbabit bagi mengiktiraf sumbangan Ketua Umum KEADILAN itusebagai tokoh pemimpin politik Malaysia dan ikon antarabangsa bagi demokrasi, kebebasan serta hak asasi manusia.

Ia disampaikan Penaung WCEF, Tan Sri Lee Kim Yew sambil disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Strategi dan Kepimpinan Asia, Datuk Michael Yeoh.

Yeoh berkata, walaupun dipenjara sebanyak dua kali, Anwar tidak berdendam terhadap mereka yang melakukannya dan sifat pemaaf beliau membolehkannya bekerjasama rapat dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada Pilihan Raya Umum ke-14.

“Malam ini kita kenang dan raikan Anwar atas sifat rendah diri dan keinginannya terhadap keadilan, ramai yang menyanjunginya sebagai Nelson Mandela Malaysia,” katanya pada majlis penyampaian anugerah itu dan malam gala WCEF, lapor BERNAMA.

Selain Anwar, WCEF turut menyampaikan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat kepada pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dan bekas wakil Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Noeleen Heyzer.

KUALA LUMPUR, 10 Nov — Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada majlis makan malam dan penyampaian anugerah sempena Forum Ekonomi China Sedunia malam tadi.
–fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

Semasa menerima anugerah itu, Anwar berkata, beliau bersetuju dengan Tun Dr Mahathir bahawa Malaysia akan ketinggalan tanpa pembangunan yang dibawa kaum Cina tempatan.

“Kaum Cina memainkan peranan penting dalam pembangunan di negara ini dan hari ini kita lihat Malaysia mencapai kejayaan dengan dikongsi dalam kalangan semua rakyat Malaysia.

“Saya juga mempelawa syarikat China supaya menimbang Malaysia sebagai destinasi utama bagi perdagangan dan pelaburan,” katanya.

 


Pengarang :