SELANGOR

Aplikasi ‘price catcher’ pantau harga barang

OLEH NAZLI IBRAHIM

RAWANG, 10 NOV: Pengguna khususnya di Selangor digalakkan memuat turun aplikasi ‘price catcher’ sebagai platform pemantauan harga barangan melalui perkongsian data.

Wakil Dato’ Menteri Besar, Amir Fazlee Khalid berkata, perkhidmatan itu bukan sahaja memanfaatkan pengguna untuk mengetahui harga terbaik di pasaran, malahan ia juga membantu pihak berkuasa memantau amalan penentuan harga yang menyalahi undang-undang.

“Oleh itu, komitmen tinggi daripada semua pihak harus digembleng dan semoga usaha memodenkan budaya konsurmerisme dapat mewujudkan kesejahteraan sosial masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Karnival Alam Sekitar, Kepenggunaan & Hari Bertemu Pelanggan Majlis Perbandaran Selayang 2018 di AEON Anggun, di sini, hari ini.

Katanya, pengguna hari ini perlu mempunyai ilmu pengetahuan supaya menjadi pengguna bijak.

Katanya, strategi boikot atau mengurangkan pembelian barang secara kolektif boleh dilaksanakan, sekali gus memberi takanan kepada peniaga dan mempengaruhi harga barang.

“Selain memuat turun aplikasi ‘price catcher’, pengguna juga dinasihatkan membuat aduan kepada Bahagian Penguat kuasa, Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna,” katanya.

 


Pengarang :