SELANGOR

Azmin, Amirudin sertai taklimat UPEN di Kuala Selangor

OLEH NADIAH ZAMLUS

KUALA SELANGOR, 9 NOV : Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali hadir ke sesi taklimat pembangunan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), petang tadi.

Pengarah UPEN, Dato’ Ahmad Suaidi Abdul Rahim berkata, mesyuarat tersebut bertujuan membincangkan hala tuju pembangunan di Kuala Selangor.

“Kita juga akan membincangkan beberapa perkara penting yang berbangkit dan ada perkara yang ingin kita laporkan kepada menteri serta juga Dato’ Menteri Besar,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian sebelum sesi taklimat yang diadakan bertempat di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor, hari ini.

Turut hadir ke sesi taklimat yang bermula jam 3 petang itu termasuk, Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor(JPBD), Muhammad Ridzuan Arshad, Ahli Dewan Negeri (ADN) Permatang, Rozana Zainal Abidin, ADN Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli dan ADN Ijok, Dr Idris Ahmad.


Pengarang :