SELANGOR

Bas Smart Selangor lebih efisien berbanding bas awam

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 27 NOV: Perkhidmatan Bas Smart Selangor di sekitar bandar Rawang diharap dapat dipertingkatkan bagi menampung permintaan pengguna kenderaan awam, di kawasan terbabit.

Ahli Dewan Negeri Rawang, Chua Wei Kiat berkata, hal itu kerana perkhidmatan bas awam di Rawang masih berada pada tahap tidak memuaskan, berbanding perkhidmatan Bas Smart Selangor.

“Perkhidmatan Bas Smart Selangor jauh lebih baik daripada pengangkutan awam yang ada di Rawang,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2019, di Dewan Negeri Selangor.

Beliau turut mencadangkan supaya penggunaan bas mini diaktifkan semula bagi mengatasi isu penyelengaraan tinggi dalam kalangan pengusaha bas awam.

Bas Smart Selangor adalah salah satu skim di bawah Inisiatif Peduli Rakyat bagi membolehkan rakyat menikmati perkhidmatan bas percuma.


Pengarang :