SELANGORSUKANKINI

Belanjawan’19: FAS terima peruntukan RM12 juta

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 23 NOV: Kerajaan Negeri mencadangkan peruntukan RM12 juta, pada 2019 kepada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) sebagai tanda sokongan kepada pentadbiran Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, Kerajaan Negeri yakin kepimpinan dan visi dibawa baginda sebagai Presiden FAS mampu mengembalikan kegemilangan pasukan Merah Kuning yang dinantikan peminat.

“Peruntukan ini bagi membiayai pasukan bola sepak Selangor, pasukan bola sepak PKNS serta pasukan Selangor United yang akan bertanding di Liga Perdana buat pertama kali,” katanya.

Beliau berkata, penstrukturan baharu bola sepak Selangor akan dilakukan dalam masa terdekat selepas perbincangan lanjut antara pihak terbabit.

Katanya, penstrukturan itu bagi mengembalikan semula kegemilangan pasukan bola sepak Selangor, di arena bola sepak tanah air dan benua Asia.


Pengarang :