SELANGOR

Belanjawan’19 : RM1.5 juta martabat seni kebudayaan

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 23 NOV: Kerajaan Negeri memperuntukkan RM1.5 juta melalui Belanjawan Selangor 2019 demi memartabat dan merancakkan lagi seni kebudayaan, di Selangor.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, pemerkasaan program seni kebudayaan berteraskan elemen tradisi dan warisan amat wajar disemarakkan seiring arus teknologi dan modenisasi, pada masa kini.

“Oleh itu, saya mencadangkan RM1.5 juta diperuntukkan pada 2019 supaya Festival Alam Melayu Selangor dan ‘Rentak Selangor International Festival’ diadakan.

“Ia sebagai salah satu usaha berterusan Kerajaan Negeri dalam memartabatkan serta merancakkan seni kebudayaan di negeri ini,” katanya.

 


Pengarang :