SELANGOR

Belanjawan’19: RM1 juta bangunkan seni & budaya

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 23 NOV: Sejumlah RM1 juta diperuntukkan untuk melaksanakan Agenda Pencerahan Selangor, pada tahun depan.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, agenda itu terdiri daripada Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) dan meneruskan projek audio, di negeri itu.

“Pembangunan sesebuah negeri tidak akan lengkap tanpa mempunyai agenda yang dapat meningkatkan kefahaman rakyat dan meluaskan wawasan intelektual mereka.

“Oleh itu, sebanyak 22 buku penting pelbagai bahasa diterjemah ke dalam Bahasa Melayu, manakala 15 buku yang sudah diaudiokan termasuk buku klasik Melayu seperti Hikayat Abdullah yang dibaca pelakon terkenal Wan Hanafi Su dan Hikayat Melayu oleh M Nasir,” katanya.

 


Pengarang :