Berganding bahu bersama tangani denggi | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Norway

Wartawan

Sheeda Fathil

Berganding bahu bersama tangani denggi

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 25 NOV: Tanggapan masyarakat bahawa denggi adalah masalah Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Jabatan Kesihatan harus dikikis.

Yang Dipertua MPS, Suliman Abd Rahman berkata, sebaliknya masyarakat dan pihak berkuasa perlu berganding bahu bersama-sama memainkan peranan dalam usaha mencegah denggi.


“MPS secara agresif sudah menjalankan aktiviti kawalan membabitkan pemeriksaan tempat pembiakan di 9,495 lokasi, semburan larviciding di 103,016 premis kediaman dan semburan ULV di 111,638 lokasi pada tahun ini.

“Malah, kita juga menjalankan operasi kesihatan sebanyak 1,362 sudah diperiksa dengan 240 kompaun atas pelbagai kesalahan dikeluarkan serta 16 premis dikenakan tindakan sita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Karnival Sihat Selangor 2018 Peringkat Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di Taman Ekstrem Gua Damai, di sini, semalam.

Beliau berkata, pucuk pangkalnya masyarakat perlu memainkan peranan seperti menjaga persekitaran kediaman bagi mengelakkan penyakit berjangkit itu terus berlarutan.

Mengulas lanjut, Suliman berkata, statistik terkini kes denggi semasa sehingga minggu epid ke 46, Selayang mencatatkan enam lokaliti Hot Spot , 7 Lokaliti wabak tak terkawal dan 42 lokaliti terkawal.

“Jika dibandingkan pada tahun lalu, minggu epid yang sama, statistik ini mencatatkan penurunan sebanyak 7.8 peratus,” katanya.

Sementara itu, pada majlis berkenaan MPS turut mengadakan serahan watikah pelantikan 24 Ahli Majlis.

Difahamkan, pelantikan itu secara automatik menjadikan Jawatankuasa Penduduk di zon masing-masing menjadi Ahli Jawatankuasa Denggi Zon sekali gus bertanggungjawab melaksanakan aktiviti berkaitan denggi seperti gotong royong dan pemusnahan tempat pembiakan.

MPS turut memperuntukkan RM5,000 sebagai tanda sokongan kepada setiap Ahli Majlis untuk digunakan bagi penganjuran program berkaitan aedes dan denggi.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next