SELANGOR

Bomba nafi anggota meninggal dunia

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 27 NOV: Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menafikan dakwaan bahawa anggotanya, Muhammad Adib Mohd Kassim meninggal dunia, seperti yang disebarkan di media sosial.

“Berita kematian pegawai bomba yang tular di laman sosial adalah tidak benar. Keadannya stabil dan sama-samalah kita mendoakan beliau pulih seperti sedia kala,” katanya menerusi cicipan Twitter @Bomba_Selangor.

Muhammad Adib, 24, yang cedera ketika bertugas memadamkan kebakaran di sekitar Kuil Sri Maha Mariamman kini dirawat di Subang Jaya Medical Center dan berada dalam keadaan stabil.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin turut meluangkan masa menziarahi mangsa serta keluarga.

Amirudin dalam kenyataan berkata, Kerajaan Negeri bersetuju untuk menanggung semua kos rawatan Muhammad Adib dan mendoakan beliau sembuh segera.


Pengarang :